Pembaca Setia

Monday, 11 July 2011

Di Atas Sejadah Cinta Review

Cerita ini adalah kesinambungan dari cerita Di Saat Aku Mencintaimu. Di Atas Sejadah Cinta mengisahkan Mikhail Adam yang kini merupakan seorang Engineering yang  begitu bertanggungjawab dalam tugasnya. Kegagalan kisah cintanya bersama Mia Zahra telah banyak membantu Mikhail Adam dalam mencari makna erti sebuah percintaan dan erti sebenar kehidupan. Keikhlasannya kini begitu tulus. Kehidupan sosialnya ditinggalkan demi mendapatkan keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apakah siri kali ini mampu membuatkan anda gembira. Ikuti kisah selanjutnya dalam Di Atas Sejadah Cinta.
read more "Di Atas Sejadah Cinta Review"

Cerpen 2 : Di Atas Sejadah Cinta

Alhamdulillah. Kini penantian yang aku nanti-nantikan sudah sampai ke penghujungnya. Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna bagi aku. Segala usaha dan penat lelah yang telah aku lalui selama ini sebagai seorang pelajar akan aku tinggalkan. Hari ini hari aku, hari aku menerima segulung Ijazah Kejuruteraan. Mak,Abah,Adam dah Berjaya!!. Terima kasih Mak,Abah yang telah banyak memberi semangat dan dorongan untuk  Adam teruskan usaha Adam. Adam sayang semuanya.

“Adam...Adam,dah bersiap ke belum?”.pintu bilik aku diketuk oleh mak.
“Ya mak..Adam tengah pakai baju ni mak..nanti dah siap Adam keluar  ya..”
“Adam turun cepat ya. Abah dah tunggu tu. Kita sarapan dulu.”
“Okey mak, nanti Adam turun”.

Selesai bersiap aku bergegas turun ke bawah untuk bersarapan.

“Haa,turun pun anak sulung Abah ni. Gembira hari ni Abah tengok Adam..”
“hehe..mana ada Abah. Adam Cuma excited je nak ke konvo arini..”
“Adam,ni lah saat yang Adam nantikan.. Abah dan Mak turut gembira nak”
“Terima kasih Abah,Mak..”

“Hai,dua beranak ni kalau berjumpa bukan nak makan dulu. Bercakap pula. Kalau tak makan macam mana perut tu nak kenyang. Masuk angin pula nanti..”
“Hai..awak ni Zarina,saya cakap pun salah..tak cakap pun salah.. Saya nak makan la ni tapi saya nak tunggu Adam. Saya nak sarapan dengan dia..”
“Saya tau la tu En. Ahmad Kushairi. Nanti kalau awak sakit sape juga yang jaga. Saya juga kan...”
“hahaha..macam-macamlah mak dengan abah ni. Mak duduk la sini,kita makan sama-sama. Nanti nak gerak da...”

Mak melabuhkan punggungnya duduk di tepi abah.

“Owh ya..Adik mana mak?”
“Adik kamu tu macam biasa la bukan nak tunggu orang kalau makan. Dah sudah makan apa lagi sibuk dengan komputer dia la..”
“Ryan..oooo..Ryan...”.
“Ya abang...kenapa?”
“Adik tak nak makan sekali dengan abang ke?”
“Adik dah makan la abang. Adik tunggu abang bersiap lambat sangat. Adik makan la dulu tadi..”
Aku mengukirkan senyuman ke arah adikku.

“Gembira pula mak tengok anak-anak mak dah berjaya. Adam dah nak jadi engineer pun lepas ni. Shah Adrian pula dah kerja. Senang hati mak tengok anak-anak mak..”
“Mak..dah tiba masa Adam dan Ryan balas budi mak dengan abah yang selama ni dah banyak berkorban untuk kami..”.
“Awak ni Rina..Dia orang dah besar pun. Tak lama dah boleh kahwin...Adam dengan Ryan dah boleh bina kehidupan dia orang. Selagi kita ada ni kita kena lah bagi semangat kat mereka tu...”

Selesai bersarapan kami sekeluarga pun bertolak ke Majlis Konvokesyen aku di Terengganu.

***************************************************************************
Aku meletakkan kenderaan aku di perkarangan tempat letak kereta untuk siswa/siswi yang akan bergraduasi pada hari ini. Keadaan Taman Tamadun Islam terus aku hayati sebaik sahaja aku keluar dari kereta. Lama sudah rasanya aku tidak bersiar-siar kat sini. Teringat saat aku dan rakan-rakan aku semasa kami menjadi pelajar dulu. Di sinilah tempat kami bersiar-siar. Betapa rindunya aku saat ini. Sedang itu,mata aku mencari kelibat-kelibat rakan-rakan aku. Dimanakah korang sekarang. Aku rindu semua. Husna.Maria,Aina,Liza,Rina,Ayu, Afiqah,Ecka,Mis dan satu-satu teman baik aku Jerry. Itulah nama-nama mereka yang bermain di fikiran aku saat ini. Aku rindu korang.

“Tutt..Tuttt”.deringan telefon bimbitku membuatkan khayalan aku hanyut.
“Adam..Ko kat mana? Ko da sampai TTI belum? Aku dan kawan-kawan lain tunggu kat cruise ni..”.aku membaca mesej yang telah aku terima.
“Jerry...”.bisik aku..
“Mak..Abah,masuk dalam dulu. Adam nak pergi jumpa kawan-kawan Adam kejap ya. Ryan bawa masuk mak dengan abah ya..”
“Baik abang..”

Aku meluru ke arah tempat yang telah dinyatakan oleh Jerry tadi.

“Hoi..korang..Aku rindu gila kat korang semua. Korang apa khabar. Makin sihat aku tengok”
“Alah ko cakap kat kita orang yang ko tuh makin berseri aku tengok. Dah ada orang baru ke?”. Seloroh Husna dengan riak muka yang mengejek..
“Huih..mana ada. Aku macam ni lah still single..”
“Yelah tuh.. Dulu bagai nak gila cinta mati ngan Mia kan”. Sampuk Ayu.
“Hish,korang ni dah-dah la..cerita lama itu. Kesian si Adam ni...”.balas Jerry.
“Hah,yang kau ni kenapa pula Jerry? Nak sangat back-up si Adam tu. Ko tu jangan cakap kat orang. Yang ko tu sampai bila nak single je. Cari-carilah teman jangan asyik nak  berskandal je..”seloroh Aina.
Semua yang ada kat situ ketawa ke arah Jerry.

“Dah..Dah..kita ni kalau jumpa,kalau tak bergaduh tak sah kan. Kalau asyik berborak je entah bila kita nak masuk kat dalam dewan. Hari ni hari bersejarah kita. Dah jom masuk..”.kak maria bersuara.
“Amboi akak,sejak-sejak berada disamping abang tersayang ni makin dewasa nampak”. Seloroh aku..
“Yela Adam..orang happy kan..”. balas kak maria.
“Alah akak,tu gaduh-gaduh manja namanya. Lama kan kita tak berjumpa..”.balas Afiqah.
“Dah tu,sekarang ni kita nak masuk dalam ke atau kita nak makan dulu?”.tanya Ecka.
“Amboi ko ni ambil Ijazah pun belum lagi.sibuk pula nak makan. Tak ubah-ubah ko ya. Kuat makan lagi rupanya..”. balas Liza.
“Okey semua..jom kita masuk dalam ya..”.ajak Mis.
“Okey..Okey...tapi aku nak jalan dengan Rina. Rindu la kat Rina..haha..”.balas aku.

Kami terus menuju masuk ke dalam dewan. Aku berjalan seiringan dengan Rina.
“Ko Nampak lain sekarang..”Rina bersuara..
“Haha..Aku biasa je..Ko pun apa kurangnya. Makin cantik,bertuah Arief dapat ko kan”.

Kami sama-sama ketawa.

***************************************************************************
“Hello Adam...Adam busy tak hari ni..Farah ingat nak ajak Adam lunch sama-sama”
“Hari ni Adam tak sibuk sangat. Okey kalau macam tu Adam amik Farah kat office ya..”
“Okey,Farah tunggu tau..love u..”
“love you too honey....”talian tefeon terus aku putuskan lalu menyambung semula kerja.

Seperti kebiasaanya,Coffee Street akan menjadi tempat favourite untuk aku dan Farah keluar makan bersama. Menu utama akan menjadi pilihan santapan. Char Kueh Tiaw,Mee Lakna dan Fresh Orange akan menjadi pilihan.

“Adam..sejujur manakah Adam sayang kat Farah..”hampir tersedak aku dengan soalan itu.
“Farah..kan Adam dah cakap..Adam untuk Farah dan Farah untuk Adam..”
“Tapi Adam...”
“Farah..semua takdir adalah ketentuan-Nya. Insya-Allah kita akan bersatu tak lama lagi..”
“Adam,dah setahun Adam kita kenal...”
“Adam tahu tu Farah...Biar masa yang menetukannya ya..”

Perbualan aku dan Farah tadi kini bermain difikiran aku. Sedang aku berkhayalan. Telefon bimbit aku berdering.

“Hello..Assalamualaikum...”
“Waaalaikumusalam..haa,ko Mal..kenapa?”
“Adam aku nak jemput ko ni. 21 hari bulan depan aku bernikah. Ko datang ya..”
“Amboi ko dalam diam dah nak kahwin rupanya...”
“hahhahaha.....”
“okey..okey..kalau tak ada apa-apa aku datang ya...Assalamualaikum..”
“Waalaikumusalam...”

***********************************************************************

“Huih,tahniah kawan...menjadi juga bini ko ya..hahaha..”bisik aku kat Ikhmal Faiz.
“hahaha..tak tidur aku malam ni...”
“ko jangan Mal..naya anak orang nanti..”
“hahahaha...”..kami sama-sama ketawa..
“ko datang ngan siapa Adam?”
“Aku datang dengan awek aku..”mata aku melilau mencari Farah.
“ko cari sape?”
“Awek aku Mal..”
“Assalamualaikum....”.tiba-tiba suara seorang perempuan kedengaran dibelakang aku.
“Eh,Mia...Lama kita tak jumpakan. Datang juga ko kat kenduri aku ni...”

Aku masih lagi kaku. Aku hanya membiarkan Ikhmal dengan dia berborak.

“Mestila aku datang..ko kan kawan aku...”
“ko datang dengan sape ni..takkan sorang kot..”
“Sorang je Mal. Aku single lagi...”
“Owh..hoi..Adam..Ko dah tak kenal ke.. Mia la tu..”bisik Ikhmal Faiz.
“Hai..Mia apa khabar?”
“Mia baik je Adam..tak lebih tak kurang..”Mia tersenyum ke arahku.

Sejak itu aku kerap keluar bersama Mia.
************************************************************************
“Mia..Mia ingat lagi tak semua janji-janji kita dulu?”
“Mia ingat Adam. Mia tak pernah lupa. Saat Adam tinggalkan Mia,Mia harap sangat dapat jumpa Adam lagi. Tapi Adam dah ada Farah dalam hidup adam kan..”
“Mia..tapi Adam rasa perasaan Adam tak sama macam mana perasaan Adam masa bersama Mia dulu...”
“Adam kenapa Adam cakap macam tu..Farah ada untuk Adam kan..”
“Ya Mia. Adam tahu tu. Tapi Mia lain,Farah lain.. Adam harap sangat Mia bagi Adam satu lagi peluang untuk Adam tebus kesalahan Adam pergi meninggalkan Mia dulu. Please Mia”
“Adam. Mia boleh bagi Adam peluang kedua. Tapi Mia juga tak nak sakitkan hati Farah. Mia tak nak Farah cakap Mia rampas Adam dari dia...”
“Mia. Mia dengar cakap Adam ya. Selagi Mia bagi Adam peluang. Adam akan terangkan semuanya dekat Farah..”
“Mia tunggu Adam datang jemput  Mia...Selamat tinggal Adam...”

Mia terus berlalu pergi meninggalkan aku. Saat ini aku rasakan bagai diriku dihimpit perasaan kekesalan. Kekesalan yang harus aku tanggung di atas kesalahan yang telah aku lakukan.

“Farah. I need to talk with you..
What is so important sangat ni Adam...”
“Farah. Adam nak kita putus..”
“Apa??. Senangnya Adam cakap. Adam tahu tak selama ini Adamlah satu-satunya orang yang Farah nantikan..”
“Farah.....”
“Apa..apa lagi Adam nak cakap...sakit hati ini Adam. Sakit sangat...”
“Farah,Adam kena jujur dengan perasaan Adam sendiri..”
“Jujur Adam cakap? Kejujuran Adam ni menghancurkan hati Farah. Tau tak..”
“Adam tahu selama ini Farah memang untuk Adam. Adam sangat hargai Farah. Tapi Farah, Adam tak boleh nak sayang kat Farah macam mana Adam sayang kat Mia. Mia cinta pertama Adam..”
“Adam...kalau itulah kejujuran Adam buat untuk Farah. Thank you my dear. Farah hargai kejujuran Adam. Mulai saat ini,Farah tak kan ada lagi untuk Adam. Lupakan segala kenagan Mikhail Adam dengan Farah Diana. Selamat tinggal Adam..”
“Farah sekali lagi Adam minta maaf andai selama perkenalan,inilah kali pertama Adam buat Farah menangis. Maafkan Adam Farah...maafkan Adam...”

Kesedihan malam ini akan aku pahatkan dalam memori ingatan ku. Kini, Farah Diana tiada lagi buat Mikhail Adam. Maafkan segala khilafku ini. Bukan niatku untuk minta jadinya begini. Tapi inilah hakikat yang harus kita tempuhi. Kita bukan ditakdirkan untuk bersama. Adam doakan agar Farah bertemu dengan orang yang betul-betul akan jadi hak Farah. Milik Farah selamanya. Segala ketentuan hanya Dia yang tahu. Sudah tertulis di Luh Mahfuz sejak azali lagi. Ikhlas dalam menerima segala Qada dan Qadar yang Maha Esa.

“Mak. Abah doakan Adam ya. Adam akan balik bila Adam selesai tugas kat Qatar nanti”
“Jaga diri baik-baik ya nak...”
“Ryan..Ryan jaga mak dan abah baik-baik ya. Jaga macam mana dorang jaga kita dulu”
“Adam pergi dulu ya. Mak,abah..Ryan abang gerak dulu. Ingat pesan abang..”
Kesedihan menyelubungi suasana di KLIA.
**********************************************************************
Setelah 3 bulan aku ditugaskan di Qatar. Kini aku kembali ke tanah air yang tercinta.

“hah...rindunya aku kat Malaysia...”.bisik hati aku.
“Hello Adam. Ko tunggu kat depan ya. Nanti aku sampai..”.bicara Ikhmal setelah aku mengangkat panggilannya.
“Okey..ko naik kereta apa?”
“BMW warna hitam...”.
“Okey aku tunggu ni...”.aku memutuskan talian telefon Ikhmal Faiz.
Tidak sampai lima minit. Kelihatan sebuah BMW 5 series meluncur masuk ke perkarangan KLIA.

“Assalamualaikum Adam...”
“Waaalaikumusalam..aik,Mia?..mana Ikhmal?..”.tanyaku hairan.
“Mal bawa wife dia ke hospital. Scan pregnancy...”
“oooo...”
“So sekarang ni,Adam nak pergi jumpa Mal or terus nak balik rumah. Nanti Mia hantar”
“Erm...Adam nak makan dulu la. Lapar pula rasanya..”
“Okey kalau macam tu kita pergi makan dulu ya...”

*************************************************************************

“Mia..hari ini..saat ini..Adam tak nak kehilangan Mia lagi. Adam tak kan tinggalkan Mia. Itu janji Adam...”
“Adam....”.
“Mulai saat ini,saya Mikhail Adam ingin melamar Mia Zahra Dato’ Emran sebagai suri di hati saya..sudikah Mia menjadi isteri Adam?”
“Adam...dah lama Mia nantikan saat ini..saat Mikhail Adam melafazkan cinta buat Mia Zahra”
“Adam sayang Mia melebihi apa yang Adam ada. Sayang Mia selamanya...”
“Mia pun...”

Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna buat aku. Penantian yang aku tunggu-tunggu selama ni akhirnya tiba juga. Aku menyembah syukur kepada-MU ya Tuhan. Kau tautkan cinta dihati kami. Penyatuan dua hati menjadi satu rasa cinta. Di Atas sejadah Cinta Mikhail Adam akhirnya Mia Zahra menjadi milik Adam buat selamanya.

“Tahniah Adam...Akhirnya milik ko juga..”bisik Ikhmal Faiz.
“Thank you Mal. Aku nak gi jumpa kawan-kawan aku kejap ya..”
“Thank korang sudi datang majlis aku..terharu aku..”
“Sama-sama Adam. Kan Mia dah jadi hak kau sekarang. Mesti gembira kan..”ucap Husna.
“hahhahah....”kami sama-sama ketawa.
 *******************************************************************************************
“Mia. Thank sudi hadir dalam hidup Adam..”
“Mia juga Adam..”
“Selagi cinta Mia Zahra berada Di Atas Sejadah Cinta Mikhail Adam. Selagi itulah cinta Mikhail Adam tak kan hilang buat Mia Zahra selamanya...”
Senyuman Mia Zahra membuatkan jiwa aku bergelora. Satu kucupan buat Mia Zahra telah membuatkan malam kami semakin Indah. Pelayaran malam yang semakin tulus bersemi. Dua Hati menjadi satu rasa cinta abadi.
-TAMAT-
-hak cipta terpelihara-QarlQhairiey-9 Julai 2011-

read more "Cerpen 2 : Di Atas Sejadah Cinta"

Di saat aku mencintaimu Sinopsis

Assalamualaikum..Entri kali nie QQ nak mempromosikan sebuah cerpen yang dihasilkan sendiri oleh QQ..Tajuk cerpen nie - Disaat Aku Mencintaimu. Permulaan ni QQ nak korang baca sinopsis dulu ya...

Disaat aku mencintaimu ini adalah merupakan sebuah cerpen yang diadaptasi dari kisah seorang lelaki yang mencintai seorang gadis yang betul-betul dia cintai . Dan disaat dia mencintai gadis itu,hatinya memberontak keras agar dia melepaskan gadis itu pergi dari hidupnya kerna dia tahu dia tidak layak untuk memiliki cinta gadis yang begitu baik,suci dan tulus hatinya. "Adam akan pergi meninggalkan mia buat selamanya. Anggaplah kita tidak pernah ketemu sebelum ini. Adam bukan yang terbaik buat Mia ".itulah ucapan terakhir adam buat mia sebelum adam pergi meninggalkan mia. Ikuti kisah selanjutnya dalam Disaat Aku Mencintaimu..

Nantikan kemunculan cerpen sulung QQ yang diadaptasikan dari kisah seorang lelaki yang bernama adam..Diharapakan semua bersabar ye..
read more "Di saat aku mencintaimu Sinopsis"

Cerpen 1 : Di saat aku mencintaimu

Hari ni hujan turun dengan begitu lebat sekali. Airnya turun mencurah-curah membasahi bumi. Keadaan sekeliling menjadi kabur namun ku gagahkan diri aku untuk memandu kereta menuju ke bazaar yang terletak tidak begitu jauh dari jalanraya yang aku lalui sekarang. Sedang aku memandu,aku sangat berharap agar hujan menjadi renyai agar aku dapat membeli makanan untuk berbuka puasa nanti. Kereta terus ku pandu menuju ke perkarangan tempat parking masjid. Sedang aku mencari parking,dengan izin yang maha esa,hujan yang sedari tadi lebat kini menjadi renyai. “Alhamdulillah”.bisik hati kecilku. Aku terus mencapai payung yang terletak ditempat duduk belakang dan bergegas keluar dari kereta ku menuju ke perkarangan bazaar. Seperti kebiasaannya,begitu banyak juadah yang disediakan oleh peniaga-peniaga di bazaar tersebut sehinggakan aku kelabu mata untuk memilih yang mana satu harus menjadi santapanku berbuka nanti. Aku seperti sebelumnya hanya menjadi pemerhati dulu sebelum aku memilih untuk membeli makanan. Aku berjalan dan terus berjalan. Sedang mata aku asyik memerhatikan gelagat mak cik yang menjual nasi ayam penyek, bahu aku dilanggar oleh seseorang.
“Cis,tak guna punya orang!. Aku yang sebesar ni pun dia tak nampak ke’’.bisik hati kecilku.
Seraya dengan itu aku berasa panas dan rasa nak menumbuk je muka budak tu tapi niat aku terhenti sebaik aku berpaling ke arahnya.
“Eh,ko Ikhmal?. Aku ingatkan sape. Aku nak tumbuk dah tadi. Panas der tetibe ade orang langgar aku. ’’.
“Ah,pulak. Ape la ko ni,tak sabar langsung. Baran je kejenya. Bulan puasa ni kita kena banyak bersabar kawan’’.
“Takde la,da tetibe je ada orang langgar aku..mane la aku tak baran. Eh,ko camne sekarang? Buat apa ? ”.
Aku terus menghulurkan tangan kepada Ikhmal Faiz untuk bersalaman. Sedang tangan kami berjabat. Mata aku terpana pada seorang gadis yang berada tidak jauh di belakangnya. Aku kaku. Hati aku bagaikan berdegup kencang. Jiwa aku bergelora. Satu perasaan yang tidak dapat aku gambarkan saat ini. Perwatakannya simple saja. Berseluar jeans biru,berbaju putih dan bertudung hitam. Ringkas dan bersahaja pemakaiannya. Hati aku terpaut melihat kemanisan wajah ayunya ketika ini. Aku ingin tahu siapakah gadis itu.
“Woi,ko tengok sape tu?.Ko dengar ke tak aku cakap tadi?”.suara Ikhmal itu menyadarkan aku dari lamunan.
“Hah,apa dia? Ko cakap apa tadi?”.
“Adoi,ko ni..aku cakap,aku okey je..sekarang aku dah jadi student balik,aku masuk form 6”
“Owh....Wei,awek mane ko bawak tu?. Awek ko ke? ”
“Aku dah agak dah,mesti ko pandang dia tadi kan?sebab tu ko tak dengar apa aku cakap tadi. Adam,Adam...takda la..dia kawan aku,budak satu kelas ngan aku. Kami satu sekolah”.
“owh,dia da ada boy ke?”
Ikhmal Faiz memandangku dengan riak muka yang pelik.
“Kenapa ko pandang aku cam tu”
“Aku da agak da”.Ikhmal membisu seketika.
“Takpe..takpe..nanti aku bagi no telefon dia kat ko ya. Aku dapat baca hati ko tu ”.sambung Ikhmal Faiz lagi lalu terus beredar meninggalkan aku.
Aku tidak lagi dapat menangkap apakah maksud kata-kata Ikhmal Faiz tadi.
“Ah,lupakan jela. Baik aku cari makanan dulu. Jam pun dah pukul 6.30 petang. Tak lama dah nak berbuka ni ”.cakap aku sendirian.
****************************************************************************
Selesai menunaikan solat maghrib,aku melabuhkan tubuhku di atas katil. Sedang aku leka memikirkan gadis yang aku temui tadi,telefon aku berdering.
“Assalamualaikum..hah,kenapa tetiba telefon aku ni,ada urgent ke?”.aku memulakan perbualan sebaik saja aku mengangkat panggilan telefon dari Ikhmal Faiz.
“Waalaikumusalam..Amboi,tanya macam aku dah tak boleh nak telefon kawan sendiri”
“Takde la..tetibe je telefon aku..Nape nak ajak aku solat terawih kat masjid besar ke?” seloroh aku.
“Haa,boleh jugak tu,banyak sikit pahala nantikan.Sape tau hidup diberkati”.
“Amboi,ko sindir ke apa ni?.”
“Ok,ok..Ni aku nak tanya ko,pehal ko tanya dak pompuan tu da ada boy ke belum?”
“Ntah la Mal..Aku tak tahu nape perasaan aku lain bila aku tengok dia.Aku rasa aku nak kenal dia lagi dekat”
“Aik,ko ni lain macam je bunyi...Dah jatuh hati ke kawan??”
“ko ni,seyes r...Aku betul-betul ni.”
“Ok,ok..ko nak aku buat apa sekarang ni?”
“Ko ni memang tak faham atau ko buat-buat tak faham?”
“Hahaha..Relaks la kawan..Sikit emo..Sak laki la camni..Ok sekarang aku tolong ko. Aku bagi kat ko no. telefon dia then pandai-pandai la ya ko mengayat dia”
“Hah,aku?. Wei,malu la..”
“Yang ko ni nak malu pehal pulak.Cakap laki takkan malu. Gentleman la sikit,kalau tak, camne ko nak tackle dia..Adam,Adam..”
Aku terdiam seketika.
“Hoi,yang ko ni diam pehal pulak.Kalau ya pun terkejut jangan la sampai jadi bisu. Ok la nanti pape hal ko mesej aku. Aku pun nak bersiap nak gi terawih ni, tok imam dah tunggu aku tuh,hahahha”.
“Ok nanti aku bagi tau ko..erm...Mal thank you ya..”
Aku mematikan panggilan telefon. Aku melihat mesej yang dihantar oleh Ikhmal Faiz sebentar tadi.
Business card :
Name : Mia Zahra
Telephone no. : 019-3544538
Sejak dari itu,aku berkenalan dengan Mia Zahra. Perkenalan kami begitu rapat dan aku merasakan aku sangat selesa bila bersama dia. Perasaan yang aku tak pernah rasa dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Mia seorang gadis yang lain dari yang lain. Sangat lain.
*********************************************************************
Hari ni genaplah setahun aku berkenalan dengan Mia Zahra. Setahun yang aku rasa bagaikan seabad lamanya. Entah kenapa aku rasa seperti aku tak nak kehilangan dia buat selama-lamanya. Mia seorang gadis yang sangat baik bagi aku. Tak sanggup rasanya aku nak menyakitkan hati dia. Mia telah banyak membantu aku dalam melakukan perubahan diri. Aku sedar keikhlasan Mia itu telah membuatkan hati aku betul-betul terpaut pada dia. Sepanjang perkenalan ini juga Mia adalah wanita yang pertama memberikan aku hadiah chocolate pada hari lahir aku yang ke-20 semalam. Saat ini aku merasakan aku bagaikan terbang di awangan.
Mia jugalah satu-satunya wanita yang aku memberikan hadiah teddy bear sepanjang perkenalan kami. Sangat indah saat ini,tapi adakah aku benar-benar jujur dengan Mia saat ini, ketika hatinya begitu tulus untuk aku. Haruskah aku berterus terang dengan Mia bahawa aku bukanlah orang suci?. Aku lelaki yang tak layak untuk memiliki cinta seorang wanita yang begitu suci dan tulus hatinya. “Apa yang harus lakukan saat ini ?”.bisik hati kecilku.
“Ah,apa aku nak buat ini?.Haruskah aku jujur dengan dia? ”
“Adakah dia akan terima kenyataan bahawa siapa aku sebenarnya?”
Aku cakap sendirian disudut kamarku yang kelam saat ini.
Aku mencapai telefon bimbit ku untuk menghubungi Ikhmal Faiz. Hanya dialah satu-satu sahabat yang boleh menolong aku saat ini.
Sebaik sahaja telefon diangkat oleh Ikhmal Faizl.
“Hello,Mal..aku nak cakap sikit nie?”
“Hello kawan,kalau ya pun bagi la salam dulu..kenapa ko ni,ce cite kat aku”
“Ok..ok...Assalamualaikum..wey aku tak tahu nak cakap camne lagi,aku betul-betul tak tahu”
“Cuba relaks dulu..cite la satu-satu kalau ye pun..kalau ko pun tak tahu,aku lagi la tak tahu,adoi..Adam..Adam”
“Tak,camni..Aku tahu selama nie aku gembira sangat bila dengan Mia..Aku tahu dia ikhlas dengan aku tapi...”..
“Hah,dah tuh kenapa??...”
“Tapi aku rasa aku tak layak untuk dia”
“Laa,kenapa pulak nya...bukan ko pun jujur dan ikhlas ke sayang kat dia?”
“Memang la tapi....”
“Apa yang tapi..tapinya lagi...”
“Tapi Mal,aku bukan lelaki yang baik Mal..Ko pun tak tahu life aku camne Mal...”
“Laa,ko adamkan...Mikhail Adam bin Ahmad Kushairi. Seorang student Engineering yang dah nak grad pun...”
“Aduh,ko ni ke situ plak...ye aku tahu tu tapi..life aku sangat sosial mal..Aku ni kaki perempuan Mal,kaki kelab..Boleh ke dia nak damping dengan orang cam aku ni. Aku tak sanggup Mal. Aku kotor..Takkan aku nak cemarkan perempuan baik macam dia Mal..”
“Astarghfirullah hal azim..Adam..Adam...Bawa mengucap Adam..Kenapa ko boleh jadi macam ni?”
“Tengok ko pun terkejut kan Mal,Ni lah aku sekarang..Mesti ko takkan percaya tapi ni lah kenyataan dan realitinya..”
“Tapi Adam,setiap manusia boleh berubah..takkan ko sanggup nak tinggalkan dia sedangkan hati ko hanya untuk dia..Ko da lupa janji dia dulu kat ko”
“Aku tahu Mal tapi...”
“Macam ni lah Adam ko fikir baik-baik..Ko tenangkan diri ko...Banyakkan doa Adam..Aanya Dia yang boleh bantu kita..Dia satu-satunya tempat kita memohon doa dan pertunjuk Adam”
“Thanx Mal.Ko lah sahabat dunia akhirat Mal...”
“Assalamualaikum,ingat Adam!!Banyakkan doa..”
“Waalaikumusalam”...
***********************************************************************************
Langkah kaki aku gagahkan untuk bertemu dengan Mia. Entah kenapa aku rasa berat untuk berhadapan dengan Mia. Saat ini aku relakan semuanya. Jika ini terakhir buat aku bertemu dengan Mia aku redha Ya Tuhan.
“Assalamualaikum Mia...”.aku menegur Mia yang sedari tadi setia menunggu aku di taman.
“Eh,Adam..Waalaikumusalam...”
Aku mengukir senyuman buat Mia.
“Lama kan kita tak jalan-jalan kat taman ni..Jom kita pergi kat pak cik jual cendol tu..”
“Adam nak makan cendol tu ke?..”
“Tak jugak..Adam tanya Mia..Manalah tahu Mia nak makan cendol ke..Adam okey je”
“Tak nak la..By the way,kenapa adam nak sangat jumpa Mia ni?”
Aku terdiam.
“Mia,mia tahu kan Adam sayang Mia sangat-sangat..Walaupun kita belum ada apa-apa ikatan yang sah tapi Adam sayang sangat kat Mia. Kalau boleh adam tak nak kehilangan Mia. Adam tak nak berjauhan dengan Mia...”
“Adam,kenapa adam cakap macam ni?..kan Mia pernah cakap kat adam kalau betul-betul kita ada jodoh Mia sanggup tunggu adam habis belajar tiga tahun ni...”
“Adam tahu Mia..tu janji mia kat adam tapi bagi adam,adam tak sanggup Mia”
“kenapa Adam dah tak sanggup nak tunggu?”
“Mia,bukan macam tu maksud Adam tapi....”
“Tapi apa adam?..Apa??”
“Adam bukan orang suci Mia...Mia tak tahu life Adam macam mana...Adam kaki perempuan Mia..keluar masuk kelab...Layakkah Adam buat Mia..Layakkah Adam??”.
Keadaan menjadi suram seketika..
“Mia,mulai saat ini dan lepas Adam pergi dari sini,Adam nak Mia lupakan adam. Anggap kita tak pernah kenal sebelum ni. Adam akan cuba lupakan Mia”
“Adam sanggupkah Adam buat macam ni”.
“Adam akan cuba Mia,meskipun sakit adam kena kuat..”
“Adam tak sayang ke perkenalan yang telah kita lalui ni”
“Mia,adam sayang semuanya..Adam sayangkan perkenalan ini..Adam sayangkan Mia..tapi Mia,Adam tak sanggup nak cemarkan gadis baik macam Mia..Gadis baik untuk lelaki yang baik...Adam bukan yang terbaik buat Mia”.
“Adam..”
“Mia,Disaat Adam mencintai Mia..Adam nak Mia tahu,Mia lah yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup Adam..thank untuk semuanya Mia.Adam hargai semua tu..”
“Adam,terima kasih sebab adam sudi hadir untuk Mia”
Aku menguntum senyuman terakhirku buat Mia..
“Mia,Adam akan pergi meninggalkan mia buat selamanya. Anggaplah kita tidak pernah bertemu sebelum ini. Adam bukan yang terbaik buat Mia.Dan jika memang sudah tertulis kita akan bersama InsyaAllah dengan izin-Nya kita akan bersatu jua. Selamat Tinggal".
Kami berpisah buat kali yang terakhirnya setelah setahun enam bulan kami berkenalan.
-hak cipta terpelihara
-Qarl Qhairiey-

read more "Cerpen 1 : Di saat aku mencintaimu"